Aku dan MLM

MLM- Multilevel marketing , ada yang suka dengar ,ada yang ngeri bila dengar dan ada yang menyampah . Apa pun persepsi anda terhadap MLM ,ia bergantung kepada pendapat masing-masing.Pendapat saya pula, ia boleh mendatangkan keuntungan jika betul langkah dan MLM yang anda pilih. Saya mula berkecimpung dalam MLM ni sejak dari zaman diploma di Kolej Universiti Teknikal Malaysia Melaka kat Ayer Keroh ,Melaka (sekarang dah pindah kat Durian Tunggal dan known as UTEM) .Tengok lama tak lama saya dah berkecimpung sampai UTEM dah bertukar nama dan tukar tempat dah,hehe. Masa tu MLM pertama yang saya join,diajak oleh kawan saya .MLM yang saya join tu LUXOR.Produk dia agak bagus jugak la,jeli gamat dia bagus,tapi saya tak nampak untungnya sangat,sebab tak belajar marketing plan kot.



Saya angkutla barang-barang LUXOR dari satu dorm ke satu dorm.Akak-akak yang saya tak penah tegur pun saya tegur.Tapi tak lama pun,hangat-hangat tahi ayam je.Lagi satu nak kena pegi kelas sampai pukul 1 pagi, tapi sekali je lah saya follow kawan saya tu.Pastu dah malas.
 Next,MLM saya join Avail,yang ni jual Pad herba.Masa ni saya dah ambil degree kat UTEM, sebab join saya baru lepas keguguran dan operation Cyst ( masa ni dah kawen ya, kan ada yang salah faham pulak ,hehe).So saya mencari sesuatu yang baru untuk kesihatan saya semasa period.

Saya dah tak ingat macamana lecturer lelaki saya boleh cerita pasal pad herba, dia lah yang supply pad tu pada saya .Wife lecturer ni pulak supervisor projek tahun akhir saya.So saya pun menjuallah pad herba ni,ada jugak lah kawan-kawan yang suka pad ni sebab dia berangin tapi ada juga yang tak suka sebab bau kapur barus kuat sangat.Banyak juga lah saya berjaya jual,untung dapatlah juga sikit-sikit.
Terkini dan terhangat,saya join SHAKLEE, yang ni saya betul-betul fall in love. Segala-galanya, dari produk,sistem,upline-upline yang sangat humble dan sanggup berkongsi ilmu,rakan-rakan seperjuangan shaklee yang selalu mendoakan dan memberi semangat antara satu sama lain walaupun kami hanya bersembang di whats app dan SHAKLEE known as Social Networking Marketing sebenarnya.



 Macamana saya boleh join SHAKLEE? Semuanya bermula bila saya sudah tidak jatuh cinta dengan pekerjaan saya sebagai jurutera, kebetulan kontrak saya habis,dan saya ditawarkan untuk menyambung kontrak dengan gaji lebih banyak masa tu, tapi saya yakin hati saya tidak disitu,chewah..hehe.Macam bercinta,kita kena jatuh cinta dengan pasangan kita baru kita akan seronok tiap kali keluar,bersembang atau apa buat apa sahaja aktiviti dengan pasangan kita.Begitulah saya ,dengan keputusan nekad tak nak kerja sebagai jurutera lagi sebab tak dapat menjiwai watak.hehe. So, saya mencari pekerjaan backup lah kononnya sementara nak dapat kerja lain, itulah yang terjumpa dengan Shaklee,dikenalkan oleh kawan saya juga Nurul Huda. Bila dah bermula dengan SHAKLEE saya rasa seronok,kerja dari rumah,anak depan mata income pun masuk.So saya rasa nekad dah nak buat SHAKLEE fulltime.Nanti saya cerita lagi apa yang best sangat nye dengan SHAKLEE ni. Takut berpinar mata orang nak baca panjang sangat entry saya ni. Sekian untuk entry pasal Aku dan MLM .
Share this article:

No comments:

Post a Comment